Saturday 13 March 2010

Anakanda Aku Mohd Nazrul Azzuan ( Mamat )

Al-Fatihah !!!!!! .................. Ya Allah aku bermohon ke hadrat Mu, Engkau lah yang maha pengampun, ampunkan segala dosa-dosa anakanda ku Mohd Nazrul yang telah pergi ke alam kekal semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman, Amin !!!!. Masa  berlalu dengan cepatnya Allahyarham telah menghembuskan nafas yang akhir pada 24 Feb 2010 pada jam 6.30 petang hari Khamis dan telah dikebumikan pada hari Jumaat pada pukul 11.30 pagi. Sebab kematian beliau disyakki diserang sakit jantung, semasa hayatnya beliau tidak pernah memberi tahu kepada keluarga yang beliau mengidap penyakit jantung, tetapi kepada kawan-kawan beliau, beliau ada memberi tahu yang beliau ada mengidap sakit jantung. Aku postkan gambar-gambar beliau untuk tatapan semua saudara-saudara sebagai kenangan abadi ........

Allahyarham semasa berhari Raya Puasa D'Sanggang pada tahun 2005
Bergambar kenangan bersama 5 orang adik beradik yang tidak akan kembali lagi ..... Berhari Raya Puasa pada tahun 2005













Hanya tinggal kenangan dakapan seorang cucu yang telah pergi buat selama-lamanya, ini semasa keberangkatan emak untuk menunaikan Rukun Islam yang Kelima pada tahun 2006
Menyampaikan pesana kepada cucu yang disayang



No comments:

Post a Comment